About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
♥ Jika indah satu pertemuan jangan akhiri dgn perpisahan ♥ Jika suci satu perkenalan jangan cemari dengan pendustaan ♥ Jika bernilai sebuah perhubungan hargailah ia dengan keikhlasan ♥

Followers

Pages

Wednesday, August 17, 2011

Simfoni kasih Zulaikha (2)

Zulaikha masih lagi dengan sikap egonya. Kasar, lasak tapi kurang bergaul dengan dunia luar. Zulaikha hanya dengan dunia yang diciptanya sendiri bersama novel yang setia menemani setiap masa.
Kisah bermula di saat hatinya memberontak ingin kebebasan ketika beberapa bulan SPM bakal menjelang. Zulaikha bosan dengan dunia asrama.  Terlalu protokol. Penat merayu, akhirnya Zulaikha dapat kebebasan. Tapi itu tak bermakna Zulaikha benar2 bebas. Namun begitu, Zulaikha tetap puas. Biar belajar hingga larut malam, Ibu sentiasa disamping menemani hingga terlelap. Betapa besar pengorbanan seorang ibu.
Satu detik di malam minggu, tatkala hujan lebat mencurah, pintu rumah diketuk seseorang. Zulaikha langsung tak hirau. Ibu mengalah. Bangun mengintai ditingkap dan membuka pintu. Saat itu terpacak seorang jejaka yang kebasahan datang bertandang hanya ingin bertanya perihal kucing yang hilang.
Zulaikha ketawa didalam hati? Cari kucing malam2 dalam hujan lebat? Gila ke mamat ni? Zulaikha langsung tak ambil port bila ibu ajak mamat tu masuk.
“Zue, buat la kopi panas”
Zulaikha memandang sekilas wajah ibu dan matanya terus merenung tajam mamat sesat tu.
“Errr.. takpe la makcik. Tak payah susah2.”
“Dia dah cakap taknak, tak payah la buat.” Zulaikha menjawab selamba sambil terus focus menonton tv sambil memeluk lutut menahan sejuk.
“Ishh tak baik buat tetamu macam tu. Pegi buat kejap”
Zulaikha merengus perlahan sambil bangun melangkah ke dapur.
Dah siap, Zulaikha kembali menonton tanpa menghiraukan tamu di depan mata. Perbualan ibu dengan si mamat tu langsung tidak menarik minat Zulaikha. Sebelum balik, mamat tu sempat menegur Zulaikha sambil tersenyum.
“Terima kasih ye buatkan saya kopi tapi kalau boleh jangan la pahit sangat”
Zulaikha menjeling tajam sambil menjawab perlahan “demand…!”
Esok hari, seperti biasa Zulaikha dengan kerja2 rumah. Habis menyidai baju, Zulaikha bersantai di pangkin bawah pokok depan rumah. Lengan t-shirt di tarik hingga ke bahu, track suit di lipat hingga ke lutut sambil duduk dengan ‘sopan’. Lagak macam orang nak cari gaduh.
“Assalamualaikum. Abang awak ada kat rumah tak?”
“Mamat ni lagi?” desisnya perlahan.
“Abangggg..!!!! Ada kawan datang ni…!” tanpa masuk ke rumah, Zulaikha sekadar menjerit kuat.
Zulaikha tak ambil pusing akan bicara mereka. Tak sampai 5 minit, mamat ni datang balik kat Zulaikha.
“Awak, terima kasih ye. Ada masa nanti saya datang lagi”
“Nak datang, datang je la. Buat apa nk bagitaw saye? Tak penting pun.” Jawab Zulaikha selamba.
Sebaik mamat tu angkat kaki, dan tatkala Zulaikha melangkah kaki masuk ke rumah, makcik depan rumah meneriak namanya. Dengan malas, Zulaikha pergi gak ke sana.
‘Eh, mamat ni ada kat sini?’ bisiknya perlahan.
“Ha, ada apa cik panggil Zue ni?”
“Takde apa pun. Ni ha, anak sedara makcik ni nak kawan dengan kamu.”
“Lar, ingat nak apa tadi. Nak kawan, kawan je lar. Sape larang” jawab Zulaikha dengan sombong.
“Dia nak mintak alamat rumah kamu tapi segan”
“kan alamat rumah kita ni sama. Tukar nombor rumah je la. Tu pun susah ke?” sekali lagi jawapan yang di beri agak kasar. Sikit pun Zulaikha tak menghiraukan siapa yang ada di sekitar. Sungguh dia tidak tahu, ibu bapa dan adik si mamat ni hanya memerhati sambil tersenyum.
Lepas mereka semua balik (balik mana pun Zulaikha tak ambil pusing), Zulaikha pulang ke rumah dengan hati yang agak sebal dan merungut rungut.
‘Kenapa lar aku boleh terjumpa mamat yang sengal sangat hari ni??????’

Simfoni kasih Zulaikha (1)

Cinta monyet. Klu bercinta zaman sekolah, itulah gelaran yg kita dpt. Tp bkn itu yg Zulaikha fikir. Zulaikha tolak mentah2 cinta monyet hanya kerana rasa marah, benci dan dendam terhadap insan yang bergelar lelaki.
Hafiz, cukup bijak mengatur langkah dalam memikat hati Zulaikha walaupun hakikatnya dia seorang yang amat pemalu. Tak pernah berani menegur Zulaikha tapi cukup berani melamar Zulaikha dari Ibu di usia yang amat muda, 12 tahun.
“Makcik, saya nak lamar anak makcik untuk saya boleh? Makcik jaga anak makcik baik2 dan tunggu smpi saya habis belajar ye.”
Ibu hanya senyum dan Zulaikha bagai tidak percaya tapi tetap berlagak biasa tanpa ingin menegur. Setiap kali pulang dari sekolah, Hafiz tak pernah jemu menunggu Zulaikha di pintu gerbang dengan harapan akan melihat senyuman Zulaikha. Tapi Zulaikha tak pernah ingin memandangnya walau sekali.
Setahun berlalu begitu saja. Langsung tiada respon dari Zulaikha. Hanya kerana perasaan benci yang mendalam, Zulaikha langsung tak pernah beri muka. Hampir tiada kawan lelaki dalam kamus hidup Zulaikha kecuali beberapa orang insan yang memahami sikapnya.
Gelaran ANAK SETAN, ANAK BANDUAN, ANAK IBLIS, cukup sebati dengan dirinya. Kerana gelaran tersebut, itu buat rasa benci Zulaikha bertambah. Hatinya sakit sangat. Zulaikha hanya mampu berbicara sendiri. Hanya kerana sikap dan layanan keluarga, dia terlalu membenci lelaki dan anggap semua lelaki sama.
Begitu juga Hafiz. Tiada satu pun yang Nampak baik di mata Zulaikha. Sehingga sampai ke satu tahap, Zulaikha terpaksa berpindah mengikut keluarga. Entah mengapa hatinya terpaut rasa rindu teramat sangat. Zulaikha amat gelisah saat berjauhan. Baru kini Zulaikha sedar, dalam hati berputik rasa sayang.
Mujur jua ada kakak Hafiz yang menuntut di sekolah yang sama dengan Hafiz. Dengan rasa berat hati, Zulaikha mendail nombor rumah mereka. Kata orang sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.
Hampir terlepas gagang telefon awam dari tangan. Airmata menitis perlahan saat mendengar penjelasan kak Fizah. Ingin menganggap itu mimpi, tapi kenyataannya itulah reality. 1001 penyesalan.
“Akak minta maaf. Akak nk bgtaw Zue tapi akak tak tahu mcm mana nk contact Zue. Tak lama lepas Zue pegi, Hafiz berhenti sekolah. Dia kata nk belajar kat sekolah kampung je. Hari dia on the way balik, kereta yang pakcik bawa excident. Pakcik masih ICU tapi dia….. Dia dah takde Zue” Bagai nak pecah jantung Zulaikha mendengar penjelasan itu.
“Awak, saya minta maaf. Saya tak sempat bagitaw awak yang saya sayang awak. Kenapa awak tak tunggu saya?”
Sampai ke hari ini, penyesalan masih bersisa di hati Zulaikha. Hanya kerana ego dengan perasaan sendiri, Zulaikha kehilangan dia buat selamanya.
**Kisah ini bukan rekaan tapi pernah terjadi belasan tahun dulu.

Saturday, August 13, 2011

Biar sedetik cuma

Biar sedetik cuma,
Izinkan aku melakar rasa rindu ini
Pada sang bayu yang berhembus
Pintaku cuma satu
Semoga kau titip rasa ini kepadanya

Biar sedetik cuma
ingin ku mendengar kata rindu
terbit dari bibirmu
Aku tak ingin terus bermimpi

Biar sedetik cuma
izinkan aku merasai kasih sayangmu
tiada lain yang aku pinta
hanya secebis pengertian

Biar sedetik cuma
kau pimpinlah aku seiring dengan jalanmu
tak ingin ku meninggalkan dan ditinggalkan
kerana hanya kau yang satu
bertahta dihatiku......