About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
♥ Jika indah satu pertemuan jangan akhiri dgn perpisahan ♥ Jika suci satu perkenalan jangan cemari dengan pendustaan ♥ Jika bernilai sebuah perhubungan hargailah ia dengan keikhlasan ♥

Followers

Friday, August 3, 2012

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

SEMOGA DAPAT DIJADIKAN PEDOMAN..........

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan iri dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu obses akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membebel yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaani diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita yang tidak baik yang bersangkutan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kemusnahan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

Terima Kasih...............
"TeMan Sedar, TeMan Belum Setanding Mereka. Tetapi TeMan Akan Berusaha Untuk Jadi Lebih Baik Daripada Mereka"

Wednesday, May 23, 2012

Menggarap blog usang ini

Malam semakin larut. Aku masih termangu mengadap laptop. Hurmm apa yang harus aku taip? Setelah sekian lama aku tidak melakar di blog ini. 


Aku mula berkira kira. Haruskah aku teruskan kisah perjalanan hidup insan bernama ZULAIKHA? Atau biarkan segalanya menjadi tanda tanya? Aku telah mendapat keizinan untuk menggarap kisah suka dukanya di sini.


Segalanya telah tersusun dalam lipatan fikiran. Namun kalut untuk menyusun ayat di sini. Mungkin tika ini fikiran aku tidak begitu tenang untuk berkarya. 


ZULAIKHA gadis genit yang penuh misteri. Aku jadi begitu teruja untuk terus bercerita. Dan aku masih tercari detik dan waktu yang sesuai. 


Andai ada kesempatan pasti kisah itu ada penghujungnya. Insyaallah........


Wednesday, August 17, 2011

Simfoni kasih Zulaikha (2)

Zulaikha masih lagi dengan sikap egonya. Kasar, lasak tapi kurang bergaul dengan dunia luar. Zulaikha hanya dengan dunia yang diciptanya sendiri bersama novel yang setia menemani setiap masa.
Kisah bermula di saat hatinya memberontak ingin kebebasan ketika beberapa bulan SPM bakal menjelang. Zulaikha bosan dengan dunia asrama.  Terlalu protokol. Penat merayu, akhirnya Zulaikha dapat kebebasan. Tapi itu tak bermakna Zulaikha benar2 bebas. Namun begitu, Zulaikha tetap puas. Biar belajar hingga larut malam, Ibu sentiasa disamping menemani hingga terlelap. Betapa besar pengorbanan seorang ibu.
Satu detik di malam minggu, tatkala hujan lebat mencurah, pintu rumah diketuk seseorang. Zulaikha langsung tak hirau. Ibu mengalah. Bangun mengintai ditingkap dan membuka pintu. Saat itu terpacak seorang jejaka yang kebasahan datang bertandang hanya ingin bertanya perihal kucing yang hilang.
Zulaikha ketawa didalam hati? Cari kucing malam2 dalam hujan lebat? Gila ke mamat ni? Zulaikha langsung tak ambil port bila ibu ajak mamat tu masuk.
“Zue, buat la kopi panas”
Zulaikha memandang sekilas wajah ibu dan matanya terus merenung tajam mamat sesat tu.
“Errr.. takpe la makcik. Tak payah susah2.”
“Dia dah cakap taknak, tak payah la buat.” Zulaikha menjawab selamba sambil terus focus menonton tv sambil memeluk lutut menahan sejuk.
“Ishh tak baik buat tetamu macam tu. Pegi buat kejap”
Zulaikha merengus perlahan sambil bangun melangkah ke dapur.
Dah siap, Zulaikha kembali menonton tanpa menghiraukan tamu di depan mata. Perbualan ibu dengan si mamat tu langsung tidak menarik minat Zulaikha. Sebelum balik, mamat tu sempat menegur Zulaikha sambil tersenyum.
“Terima kasih ye buatkan saya kopi tapi kalau boleh jangan la pahit sangat”
Zulaikha menjeling tajam sambil menjawab perlahan “demand…!”
Esok hari, seperti biasa Zulaikha dengan kerja2 rumah. Habis menyidai baju, Zulaikha bersantai di pangkin bawah pokok depan rumah. Lengan t-shirt di tarik hingga ke bahu, track suit di lipat hingga ke lutut sambil duduk dengan ‘sopan’. Lagak macam orang nak cari gaduh.
“Assalamualaikum. Abang awak ada kat rumah tak?”
“Mamat ni lagi?” desisnya perlahan.
“Abangggg..!!!! Ada kawan datang ni…!” tanpa masuk ke rumah, Zulaikha sekadar menjerit kuat.
Zulaikha tak ambil pusing akan bicara mereka. Tak sampai 5 minit, mamat ni datang balik kat Zulaikha.
“Awak, terima kasih ye. Ada masa nanti saya datang lagi”
“Nak datang, datang je la. Buat apa nk bagitaw saye? Tak penting pun.” Jawab Zulaikha selamba.
Sebaik mamat tu angkat kaki, dan tatkala Zulaikha melangkah kaki masuk ke rumah, makcik depan rumah meneriak namanya. Dengan malas, Zulaikha pergi gak ke sana.
‘Eh, mamat ni ada kat sini?’ bisiknya perlahan.
“Ha, ada apa cik panggil Zue ni?”
“Takde apa pun. Ni ha, anak sedara makcik ni nak kawan dengan kamu.”
“Lar, ingat nak apa tadi. Nak kawan, kawan je lar. Sape larang” jawab Zulaikha dengan sombong.
“Dia nak mintak alamat rumah kamu tapi segan”
“kan alamat rumah kita ni sama. Tukar nombor rumah je la. Tu pun susah ke?” sekali lagi jawapan yang di beri agak kasar. Sikit pun Zulaikha tak menghiraukan siapa yang ada di sekitar. Sungguh dia tidak tahu, ibu bapa dan adik si mamat ni hanya memerhati sambil tersenyum.
Lepas mereka semua balik (balik mana pun Zulaikha tak ambil pusing), Zulaikha pulang ke rumah dengan hati yang agak sebal dan merungut rungut.
‘Kenapa lar aku boleh terjumpa mamat yang sengal sangat hari ni??????’

Simfoni kasih Zulaikha (1)

Cinta monyet. Klu bercinta zaman sekolah, itulah gelaran yg kita dpt. Tp bkn itu yg Zulaikha fikir. Zulaikha tolak mentah2 cinta monyet hanya kerana rasa marah, benci dan dendam terhadap insan yang bergelar lelaki.
Hafiz, cukup bijak mengatur langkah dalam memikat hati Zulaikha walaupun hakikatnya dia seorang yang amat pemalu. Tak pernah berani menegur Zulaikha tapi cukup berani melamar Zulaikha dari Ibu di usia yang amat muda, 12 tahun.
“Makcik, saya nak lamar anak makcik untuk saya boleh? Makcik jaga anak makcik baik2 dan tunggu smpi saya habis belajar ye.”
Ibu hanya senyum dan Zulaikha bagai tidak percaya tapi tetap berlagak biasa tanpa ingin menegur. Setiap kali pulang dari sekolah, Hafiz tak pernah jemu menunggu Zulaikha di pintu gerbang dengan harapan akan melihat senyuman Zulaikha. Tapi Zulaikha tak pernah ingin memandangnya walau sekali.
Setahun berlalu begitu saja. Langsung tiada respon dari Zulaikha. Hanya kerana perasaan benci yang mendalam, Zulaikha langsung tak pernah beri muka. Hampir tiada kawan lelaki dalam kamus hidup Zulaikha kecuali beberapa orang insan yang memahami sikapnya.
Gelaran ANAK SETAN, ANAK BANDUAN, ANAK IBLIS, cukup sebati dengan dirinya. Kerana gelaran tersebut, itu buat rasa benci Zulaikha bertambah. Hatinya sakit sangat. Zulaikha hanya mampu berbicara sendiri. Hanya kerana sikap dan layanan keluarga, dia terlalu membenci lelaki dan anggap semua lelaki sama.
Begitu juga Hafiz. Tiada satu pun yang Nampak baik di mata Zulaikha. Sehingga sampai ke satu tahap, Zulaikha terpaksa berpindah mengikut keluarga. Entah mengapa hatinya terpaut rasa rindu teramat sangat. Zulaikha amat gelisah saat berjauhan. Baru kini Zulaikha sedar, dalam hati berputik rasa sayang.
Mujur jua ada kakak Hafiz yang menuntut di sekolah yang sama dengan Hafiz. Dengan rasa berat hati, Zulaikha mendail nombor rumah mereka. Kata orang sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.
Hampir terlepas gagang telefon awam dari tangan. Airmata menitis perlahan saat mendengar penjelasan kak Fizah. Ingin menganggap itu mimpi, tapi kenyataannya itulah reality. 1001 penyesalan.
“Akak minta maaf. Akak nk bgtaw Zue tapi akak tak tahu mcm mana nk contact Zue. Tak lama lepas Zue pegi, Hafiz berhenti sekolah. Dia kata nk belajar kat sekolah kampung je. Hari dia on the way balik, kereta yang pakcik bawa excident. Pakcik masih ICU tapi dia….. Dia dah takde Zue” Bagai nak pecah jantung Zulaikha mendengar penjelasan itu.
“Awak, saya minta maaf. Saya tak sempat bagitaw awak yang saya sayang awak. Kenapa awak tak tunggu saya?”
Sampai ke hari ini, penyesalan masih bersisa di hati Zulaikha. Hanya kerana ego dengan perasaan sendiri, Zulaikha kehilangan dia buat selamanya.
**Kisah ini bukan rekaan tapi pernah terjadi belasan tahun dulu.